SEJARAH KERAJAAN MELAKA
- Kesultaan Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.
Istana Kerajaan Melaka
Siapakah Parameswara ?
Paduka Sri Maharaja Parameswara (1344 - c. 1414) adalah raja terakhir Singapura yang berasal dari keturunan Srivijaya. Baginda adalah anakanda kedua Sang Nila Utama dari keturunan Demang Lebar Daun iaitu pemerintah Palembang. Baginda memerintah Singapura dari tahun 1389 hingga 1398. Baginda melarikan diri dari Singapura yang pada masa itu dikenali sebagai Temasik selepas pencerobohan oleh Majapahit pada 1398 dan mengasaskan kubu barunya di muara Sungai Bertam yang juga dulunya dikenali sebagai Sungai Melaka.
Raja Temasek ke 4
Comments
Post a Comment