Badan Pentadbir /Pelaksana (Eksekutif)

BADAN PENTADBIR (EKSEKUTIF)

  •      Di Malaysia,kuasa eksekutif dijalankan secara berperingkat iaitu pentadbiran peringkat Persekutuan,kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan. Peringkat-peringkat seumpama ini dapat menjamin agihan kuasa dan pelaksanaan kerja yang lebih efisien.

PERINGAKT PERSEKUTAUN

  • -         Pada peringkat persekutuan,jentera pentadbiran seperti kabinet dan kementerian memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran negara. Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,negara ini terus memperkemas sistem pemerintahan mengikut acuannya sendiri walaupun ada sesetengahnya perkara masih menggunakan corak pemerintahan ala Barat. Kewujudan sistem kabinet,kementerian,badan-badan berkanun dan suruhanjaya-suruhanjaya telah melicinkan lagi sistem pentadbiran negara sehingga sebuah negara membangun yang aman dan makmur.


  •        Secara asasnya,pentadbiran Persekutuan diterajui oleh Jemaah Menteri yang menganggotai kabinet. Kesemua menteri kabinet merupakan mereka yang menang dalam pilihan raya. Tugas utama kabinet adalah merangka dan menjalankan dasar tertinggi negara. Badan ini diketuai oleh Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri dan diikuti oleh menteri-menteri lain. Perdana Menteri dilantik oleh YDPA,manakala menteri-menteri lain dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri.

Imej yang berkaitan


KABINET
Kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan system pemerintahan yang diamalkan pada masa ini oleh kebanyakan negara. Sistem ini sebenarnya diasaskan di Britian.
Tugas utama adalah merangka dan menjalankan dasar tertinggi di negara. Deketuai Perdana menteri, Timbalan Perdana Meteri dan diikuti menteri-menteri lain.
Kebanyakan berkabinet ialah kerajaan yang ditadbir oleh segolongan manusia yang mendapat sokongan majority dalam pilihan raya dan memduduki kerusi di parlimen atau dewan perundangan. Antara contohnya ialah jawatan perdana menteri.

Hasil carian imej untuk badan pentadbir/pelaksana (eksekutif)
SISTEM KABINET

Yang Di-Pertuan Agong
  • Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuaan:
memperuntukan ahli-ahli Jemaah menteri dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugasnya.
  • Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan: 
memperuntukkan YDPA di kehendaki melantik seorang Perdana Menteri yang menang dalam pilihan raya umum dan biasanya menjadi ketua parti pemerintah untuk mengetuai kabinet.
  • Perdan Menteri seraca tidak langsung berperaan ketua jemaah menteri dan beliau mempunyai kuasa mencalonan sesiapa sahaja kepada YDPA untuk menyertai kabinet 
  • Di Malaysia, kabinet/Jemaah menteri merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif Jemaah menteri terdiri daripada seorang  perdana menteri dan beberapa orang menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing.


Hasil carian imej untuk yang dipertuan agong malaysia




KEMENTERIAN 

SEKTOR
PELAJARAN
SEKTOR
PENGAJIAN
TINGGI
  • Kementerian ialah agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan. Bilangan kementerian bergantung kepada keadaan dan pandangan Perdana Menteri.
  • Setiap kementerian nertangungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaraskan dasar tersebut
  • Kementerian  diketuai oleh seorang menteri dengan dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.
  • Menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian tetapi ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri unuk melaksanakan tugas tertentu dan dikenali sebagai Menteri Tanpa Berportfolio.
  • Ketua Setiausaha(KSU) menjadi merukan penasihat utama kepada menteri serta bertanggungjawab untuk melaksanakan arahan-arahan menteri dan program-program peringkat kementerian.






Jabatan
  • Merupakan agensi pelaksana bagi sebuah kementerian atau pentadbiran negeri. Diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali sebagai Ketua Pengarah.
  • Semua kakitangan Perkhidmatan Awam bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.




Perbadanan Awam/ Perkhidmatan Awam
  • Merupakan agensi separuh kerajaan dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara yang membolehkan kerajaan terlibat secara langsung.
  • Contoh: Perbadanan Awan ialah Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia(FINAS)




Badan berkanun
  • Merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri.
  • Ketua Badan Berkanun dipanggil Pengerusi.
  • Berfungsi untuk melincinkan pentadbiran dan perlaksaaan program pembangunan negara.
  • Mempunyai kuasa antonomi dan peruntukan kewangan sendiri tetapi bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan.
  • Contoh: Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) , Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI).




SURUHABJAYA
Image result for suruhanjaya
  • Untuk memastikan jentera pentadbiran berjalan dengan lancar dan sistematik, kerajaan telah membentuk, dua suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Tetap Ialah Suruhanjaya Pilihan Raya Dan Suruhanjaya Perkhidmatan. Suruhanjaya Sementara pula ditubuhkan untuk menyiasat atau menyelesaikan masalah dan perkara yang timbul pada satu-satu masa.






PERINGKAT NEGERI

Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif peringkat negeri di setiap negeri dijalankan oleh raja/sultan/yang di pertuan negeri. Semua perlembagaan negeri mengandungi Seksyedn 1(2) seperti yang terkandung dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia yang membolehkan raja  bertindak menurut budi bicaranya dalam menjalankan tugas-tugas berkut:

a.     Melantik Menteri Besar/ Ketua Menteri
b.     Mempersetujui atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Dewan Undangan             Negeri.
c.     Memperkenalkan pelantikan Menteri Besar/ Ketua Menteri dalam kalangan mereka                 yang mengetuai parti yang Berjaya memenangi undi majoriti dalam pilihan raya pada               peringkat negeri.
d.     Memperkenalkan pelantikan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) /                   Jemaah Menteri atas nasihat Menteri Besar/ Ketua Menteri


PERINGKAT DAERAH

Peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dengan dibantu oleh beberapa orang Penolong Pegawai Daerah. Beberapa mukim di dalam daerah pula ditadbir oleh penghulu.

Di Sarawak, struktur pentadbiran daerah terbahagi kepada empat iaitu:

i-    Bahagian- ditadbir oleh Residen
ii-   Daerah- ditadbir oleh Pegawai Daerah
iii-  Daerah kecil- ditadbir oleh Pegawai Anak Negeri
iv-  Kampung- ditadbir oleh Penghulu

Di Sabah  pula terdapat dua peringkat pentadbiran daerah iaitu:

i-    Daerah- ditadbir oleh Pegawai Daerah (dibantu oleh Pegawai Anak Negeri)
ii-   kampung- ditadbir oleh Ketua Kampung ( dibantu oleh orang tua)















Comments

Popular posts from this blog

PENDUDUKAN KUASA ASING