Posts

Showing posts from December, 2017
Image
Badan Pentadbir /Pelaksana (Eksekutif) BADAN PENTADBIR (EKSEKUTIF)       Di Malaysia,kuasa eksekutif dijalankan secara berperingkat iaitu pentadbiran peringkat Persekutuan,kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan. Peringkat-peringkat seumpama ini dapat menjamin agihan kuasa dan pelaksanaan kerja yang lebih efisien. PERINGAKT PERSEKUTAUN -           Pada peringkat persekutuan,jentera pentadbiran seperti kabinet dan kementerian memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran negara. Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,negara ini terus memperkemas sistem pemerintahan mengikut acuannya sendiri walaupun ada sesetengahnya perkara masih menggunakan corak pemerintahan ala Barat. Kewujudan sistem kabinet,kementerian,badan-badan berkanun dan suruhanjaya-suruhanjaya telah melicinkan lagi sistem pentadbiran negara sehingga sebuah negara membangun yang aman dan makmur.         Secara asasnya,pentadbiran Persekutuan diter

PENDUDUKAN KUASA ASING

Image
PENDUDUKAN KUASA ASING Sejarah menunjukkan bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa-kuasa asing,dari barat mahu pun dari timur . Kedatangan kuasa-kuasa asing ini pada peringkat awal dianggap sebagai pedagang yang sama-sama  berdagang di negeri-negeri Tanah Melayu.bagaimanapun atas kesilapan,kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri melayu berkenaan , kuasa-kuasa asing ini mengambil peluang untuk menjajah. PENDUDUKAN PORTUGIS Orang Portugis adalah bangsa Eropah yang pertama datang ke Timur dan tiba ke Melaka dengan tujuan kedatangan mereka berkaitan dengan perdagangan rempah. Permintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Rempah selalunya digunakan untuk mengawet makanan dan menambahkan kelazatannya dan mereka datang ke Timur sebab mahu mendapatkan rempah terus dari Kepulauan Melayu. Kedatangan Orang Portugis Tambahan pula, orang Portugis telah lama memusuhi orang Islam sejak mereka kalah dalam Perang Salib pada kurun ke 12 dan mereka ingin meneruskan peperan